suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sultan Ibrahim Berbuka Puasa Bersama Duke of York

-foto Facebook Johor Southern Tigers
PETALING JAYA: Sultan Johor Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar telah bertemu dan berbuka puasa bersama Duke of York, Putera Andrew, Rabu.

Menurut laman Facebook Johor Southern Tigers, Putera Andrew telah mengunjungi Kerabat Diraja Johor di Istana Bukit Serene.

"Pertemuan diraja tersebut berlangsung di Istana Bukit Serene dan lebih menarik adalah Putera Andrew turut menyertai Sultan Johor dan Tunku Mahkota Johor bersama keluarga berbuka puasa bersama.

"Kunjungan hormat Duke of York tersebut membincangkan hubungan diplomatik antara kerajaan Johor dan kerajaan British. Ini jelas menunjukkan betapa akrabnya hubungan yang terjalin antara kerajaan Great Britain dan Kesultanan Johor Darul Ta'zim," menurut posting itu, Khamis.
Putera Andrew, Duke of York

Artikel Lain