Proses yang dijalankan polis Bukit Aman itu berlangsung di pejabat beliau di Yayasan Kepimpinan Perdana di Presint 8, di sini.
Peguam yang mewakili Dr Mahathir, Mohamed Haniff Khatri Abdulla, ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu.
"Dalam 20 minit. Dalam 30 soalan. Ada soalan-soalan yang Tun dinasihatkan oleh peguam untuk tidak jawab," katanya.
Dr Mahathir didakwa mengeluarkan kenyataan itu ketika kempen pilihan raya kecil Parlimen Kuala Kangsar, Perak baru-baru ini.


