suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sanjeevan Disambung Reman Sehingga Khamis

KUALA LUMPUR: Tempoh reman pengerusi Badan Bertindak Pemerhati Jenayah (MyWatch), Datuk R. Sri Sanjeevan dan pemandunya seorang lelaki warga India, dilanjutkan sehingga Khamis ini bagi membolehkan pihak polis melengkapkan siasatan kes peras ugut.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh ketika mengesahkan perkara berkenaan.

Pada 22 Jun lepas, mereka ditahan polis berdekatan Plaza Tol Nilai kerana dipercayai melakukan ugutan jenayah dan peras ugut.

Menurut laporan portal berita, pengerusi NGO berumur 32 tahun itu yang tinggal di Kajang, ditahan oleh pasukan Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat Bukit Aman, sebaik menerima wang perlindungan RM25,000 daripada pengadu, seorang pengusaha perjudian haram berumur 38 tahun.

Menurut laporan itu, dalam tangkapan pukul 10.50 malam itu, polis turut menemukan wang tunai RM16,080 di dalam kereta suspek.

R Sri Sanjeevan, MyWatch

Artikel Lain