suria

Polis Berkawal Semasa Solat, Elak Kecurian Motor

KEMAMAN: Polis Terengganu mengambil inisiatif menempatkan anggotanya di beberapa buah masjid di sini sebagai usaha menanggani kes kecurian motosikal.

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Mohd Said Ibrahim berkata sepanjang Ramadan ini pemantauan dan rondaan perlu dipertingkatkan terutama ketika orang ramai sedang solat berjemaah.

"Setakat ini hanya satu kes kecurian motosikal direkodkan sepanjang Ramadan ini di kawasan masjid," katanya ketika dihubungi di sini.

Jelasnya sebanyak 47 buah masjid terdapat di Kemaman dan anggota itu ditempatkan di kawasan berisiko tinggi berlakunya kes berkenaan.

Mohd Said berkata selain itu pihaknya turut melakukan rondaan 24 jam di kawasan perumahan, institusi kewangan dan lokasi-lokasi tertentu.

Dalam perkembangan lain Mohd Said meminta orang ramai tampil memberi maklumat berhubung kes tikam melibatkan seorang peniaga sehingga menyebabkan kecederaan parah di Kampung Dusun Nyior, minggu lepas.

Ramadan, PDRM

Artikel Lain