suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sindiket Judi Bola Sepak Piala Eropah Di Muar Tumpas

- Gambar hiasan
MUAR: Polis berjaya menumpaskan sindiket perjudian bola sepak Piala Eropah 2016 dengan nilai pertaruhan RM115,274 menerusi Op Soga Euro 2016 di sekitar daerah ini.

Ketua Polis Daerah Muar ACP Azman Ayob berkata operasi khas baru-baru ini turut menahan empat orang lelaki warga tempatan berumur 26 hingga 49 tahun yang disyaki terlibat sebagai ejen ataupun 'bookie' kepada sindiket pertaruhan tersebut.

"Bermula daripada Op Soga Euro 2016 yang dilancarkan di seluruh negara pada 10 Jun lalu, kita di Ibu Pejabat Polis Muar telah melakukan sebanyak lima serbuan dan telah merampas wang tunai berjumlah RM345 serta empat buah telefon bimbit," katanya kepada pemberita Isnin.

Katanya pihak polis akan terus melakukan pemantauan bagi mengesan kegiatan tersebut sehingga ke perlawanan akhir Piala Eropah 2016 nanti.

Azman berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyen 6 (3) Akta Pertaruhan 1953 (Akta 495) yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM20,000 dan juga dihukum penjara bagi tempoh tidak melebihi lima tahun.

Artikel Lain