suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PAS Kelantan Sokong Tiada Perundingan Dengan DAP

KOTA BAHARU: PAS Kelantan menyokong penuh keputusan pimpinan PAS Pusat yang berpendirian parti itu tidak akan 'duduk semeja' bagi mengadakan perundingan dengan DAP.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata tindakan DAP yang menjadi 'penghasut' ketika PAS menghadapi krisis dalaman dahulu menyebabkan parti itu tidak boleh dipercayai lagi.

Katanya sikap pemimpin DAP yang tidak menghormati dan menentang apa yang cuba dilaksanakan oleh PAS khususnya berkaitan hak umat Islam juga dilihat amat tidak munasabah.

"Kami masih ingat sepanjang kami berkawan dengan DAP dahulu sebagai rakan dalam Pakatan Rakyat (PR) mereka tidak sepatutnya menjadi penghasut sehingga memecahbelahkan PAS," katanya kepada pemberita selepas majlis Makan Colek Bersama Media di sini, Ahad malam.

Beliau mengulas saranan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga Menteri Besar Selangor agar PAS kembali bersatu sebagai satu pasukan di bawah Pakatan Harapan bagi menghadapi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14.

PAS, DAP

Artikel Lain