suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Warga Emas Hilang Cari Rotan Ditemukan Anaknya

BINTANGOR: Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang di hutan berhampiran kawasan penempatan semula Sungai Meradong dekat sini, lewat petang semalam, berjaya ditemukan pada Rabu.

Unat Kachang, 76, yang hilang ketika mencari rotan, ditemukan anaknya yang menyertai penduduk kampung serta pasukan Bomba dan Penyelamat Bintangor dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa, kira-kira 8.36 pagi ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, Nicholas Beluling berkata mangsa berada dalam keadaan lemah ketika ditemukan kira-kira satu kilometer daripada pos kawalan operasi mencari dan menyelamat itu.

Beliau berkata mangsa kemudian diserahkan kepada pasukan perubatan untuk tindakan lanjut.

Artikel Lain