suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Budak Tujuh Tahun Maut Dijangkiti Bakteria Difteria

Jangkitan bakteria difteria.

MELAKA: Wabak jangkitan bakteria difteria dikhuatiri dikesan di kawasan Ujong Pasir di sini berikutan kematian seorang budak perempuan berusia tujuh tahun, K. Durgasini pada 18 Jun lalu.

Exco Hal Ehwal Syarikat, Sumber Manusia dan NGO Melaka Datuk M S Mahadevan berkata beliau dimaklumkan Jabatan Kesihatan negeri bahawa penemuan awal menunjukkan budak itu meninggal dunia akibat jangkitan bakteria tersebut.

"Jabatan Kesihatan berusaha keras untuk membendung wabak itu yang tersebar melalui udara itu," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Datuk Ghazali Othman mengesahkan kematian Durgasini berpunca daripada jangkitan bakteria itu.

Mahadevan berkata dua lagi adik-beradik Durgasini, Agateya dan Karthirsan dikejarkan ke Hospital Melaka selepas dijangkiti simptom yang sama.

"Namun, dua kanak-kanak itu tidak dalam keadaan merbahaya dan akan dibenarkan keluar hosital pada tempoh dua atau tiga hari lagi," katanya.

Beliau berkata kedua-dua murid sebuah sekolah kebangsaan di mana Durgasini belajar, dimasukkan ke wad pada Isnin kerana disyakit jangkitan itu.

Namun budak tersebut kemudianya diletakkan sebagai pesakit tidak berisiko.


bakteria difteria, Ujong Pasir

Artikel Lain