suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bas Rempuh Jejambat, Pemandu Cedera

Sebuah bas terbabas dan melintangi di tengah jalan selepas melanggar pembahagi jalan berhampiran Bangunan Perdana Putra di Lebuh Raya Barat pada Selasa. - fotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Pemandu bas cedera apabila bas yang dipandunya terbabas dan merempuh jejambat di Lebuh Perdana Barat, Presint 1 berhampiran Bangunan Perdana Putra di sini tengah hari Selasa.

Rosid Daud, 47, tersepit di bahagian bawah tempat duduk pemandu dalam  kemalangan kira-kira 12.40 tengah hari itu dan pihak bomba dan penyelamat mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkannya.

Mangsa dibawa ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Rosly Hassan ketika dihubungi berkata ketika kemalangan tiada penumpang dalam bas berkenaan.

"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku disebabkan pemandu terbabas sendiri dan melanggar fly over," katanya.

Bas berkenaan dihantar ke depoh Nadi Putra. - BERNAMA 


rempuh jejabat, Putrajaya, kemalangan

Artikel Lain