suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Malaysia Kutuk Pembunuhan Warga Kanada Di Selatan Filipina

Hall (kiri) rakyat Kanada yang kedua dibunuh selepas John Ridsdel (kanan) setelah gagal membayar wang tebusan yang diminta. Gambar fail.

PUTRAJAYA: Malaysia mengutuk sekeras-sekerasnya pembunuhan seorang warga Kanada, Robert Hall, di selatan Filipina pada Isnin.

Sehubungan itu, Malaysia menggesa kerajaan Filipina supaya memperhebatkan usaha untuk membawa mereka yang terlibat melakukan jenayah itu kemuka pengadilan.

"Filipina perlu terus bekerjasama dengan semua pihak untuk menghentikan pembunuhan kejam mangsa-mangsa ini. 

"Perbuatan kejam keganasan ini tidak boleh dan tidak akan diterima oleh mana-mana negara," kata Kementerian Luar dalam kenyataannya pada Selasa.

Dalam pada itu, Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Kanada serta keluarga mangsa.

Kerajaan Filipina mengesahkan Hall telah dibunuh oleh kumpulan Abu Sayyaf selepas tamatnya tarikh akhir pembayaran wang tebusan.

Beliau merupakan rakyat Kanada yang kedua dibunuh selepas John Ridsdel menjadi mangsa kumpulan itu pada April lepas setelah gagal membayar wang tebusan yang diminta. 

Risdel, Hall dan teman wanita Filipinanya, Marites Flor, serta warga Norway, Kjartan Sekkingstad, telah diculik semasa serangan ke atas Oceanview Resort di Pulau Samal, yang terletak di selatan Mindanao, pada September lepas. -Bernama

Robert Hall, Selatan Filipina

Artikel Lain