suria

Penghawa Dingin Van Meletup, Lelaki Parah

PETALING JAYA: Seorang lelaki cedera parah selepas alat penghawa dingin sebuah van yang sedang dibaikinya meletup di jeti nelayan Bagan, Sungai Besar pada Rabu malam.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Besar, Mahadi Jonit berkata, mangsa yang cedera dalam kejadian pada pukul 8.30 malam itu ialah pekerja jeti nelayan berkenaan.

"Bomba mendapat panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 8.34 malam sebelum tiba di jeti tersebut kira-kira lima minit kemudian.

"Sebuah jentera bomba bersama enam anggota mengambil masa selama 15 minit untuk memadam kebakaran pada van itu," katanya.

Mahadi menambah, mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah Sabak Bernam untuk rawatan lanjut.

Pihak berkuasa masih meneruskan siasatan mengenai kejadian tersebut.

Sungai Besar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain