Orang Ramai Diminta Hormati Privasi Mangsa Richard Huckle - Polis - Semasa | mStar

Orang Ramai Diminta Hormati Privasi Mangsa Richard Huckle - Polis

Richard Huckle.

KUALA LUMPUR: Polis meminta orang ramai agar menghormati hak privasi keluarga dan mangsa pedofil warga Britain, Richard Huckle. 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, ia bagi membenarkan proses pemulihan dijalankan tanpa sebarang gangguan.

"Sebarang bentuk pendedahan melibatkan identiti mangsa adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 15, Akta Kanak-kanak 2001.

"Dan jika didapati bersalah, mereka boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 5 tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya," katanya dalam satu kenyataan di sini, Rabu.

Beliau berkata sehingga kini, tiada keluarga mahupun mangsa yang tampil membuat laporan polis terhadap Huckle.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat atau ingin membuat laporan polis berhubung kes ini, boleh menghubungi Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Bukit Aman di talian 03-22666297 atau e-mel kepada d11ba@rmp.gov.my," kata Mohmad.

Pedofil warga Britain itu dihukum penjara seumur hidup oleh sebuah mahkamah di London pada Isnin kerana melakukan pencabulan seksual ke atas 23 kanak-kanak di Malaysia serta bayi dan kanak-kanak di Kemboja dalam tempoh hampir satu dekad. 

Reuters melaporkan bahawa Huckle, 30, dijatuhi 22 hukuman penjara seumur hidup dan akan meringkuk dalam penjara sekurang-kurangnya 23 tahun atas jenayah yang dilakukannya terhadap mangsa yang berasal dari keluarga miskin berusia enam bulan hingga 11 tahun.

Huckle mengaku bersalah terhadap 71 kesalahan dan polis menemukan lebih 20,000 imej lucah kanak-kanak di dalam komputer dan kameranya ketika dia ditangkap di Lapangan Terbang Gatwick, London pada 2014.

Baru-baru ini, media Britain melaporkan bahawa Huckle, seorang jurufoto bebas, mungkin telah melakukan penderaan seksual melibatkan sehingga 200 kanak-kanak berusia enam bulan hingga 12 tahun dari 2006 hingga 2014. 

Sebanyak 91 pertuduhan dikenakan terhadapnya dan kebanyakan mangsanya adalah daripada golongan miskin di Kuala Lumpur. - Bernama

Richard Huckle

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain