suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Keputusan Hukuman Huckle Diketahui Petang Isnin

PETALING JAYA: Keputusan perbicaraan terhadap pesalah pedofilia, Richard Huckle ketika berada di Malaysia bakal diketahui pada petang Isnin.

Keputusan itu sepatutnya diketahui pada Jumaat lalu namun Hakim Peter Rook ingin mempertimbangkan rayuan yang difailkan oleh peguam Huckle sebelum menjatuhkan sebarang hukuman terhadapnya.

Hakim Peter Rook berkata penghakimannya akan bermula pada pukul 9 pagi (5 petang waktu Malaysia) di London.

Huckle, 30, yang disifatkan sebagai penjenayah kes pedofilia paling teruk di Britain berhadapan hukuman penjara seumur hidup selepas mengaku bersalah merogol dan melakukan penderaan seksual puluhan kanak-kanak Malaysia serta Kemboja.

Dia dilaporkan melakukan kesalahan itu terhadap mangsa yang berusia enam bulan hingga 12 tahun, antara tahun 2006 hingga 2014.

Huckle sebelum ini mengaku bersalah terhadap 71 daripada 91 pertuduhan termasuk 23 kes membabitkan kanak-kanak di Malaysia.

Pedofilia, Richard Huckle

Artikel Lain