suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Bongkar Makmal Dadah, Tahan Empat Sekeluarga Dan Amah

GEORGE TOWN: Polis membongkar sebuah makmal dadah dan menahan empat sekeluarga serta seorang pembantu rumah dalam serbuan di Sungai Ara, Bayan Lepas dekat sini, Isnin.

Bertindak hasil maklumat dan risikan, sepasukan anggota dan pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang menahan pasangan suami isteri bersama dua anak mereka, termasuk seorang bayi dan pembantu rumah itu dalam serbuan di kondominium mewah, di Sungai Ara, dekat sini pada 8 pagi.

Sumber berkata polis turut merampas sejumlah dadah jenis ketamin dan beberapa peralatan memproses dadah.

"Polis masih menyiasat tempoh aktif makmal dadah tersebut dan juga pasarannya sama ada untuk pasaran dalaman ataupun pasaran luar," menurut sumber itu.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, katanya.

Dadah

Artikel Lain