suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MB Kedah Stabil Tapi Agak Lemah

ALOR SETAR: Keadaan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang dikejarkan ke Pusat Perubatan Kedah (KMC) malam Sabtu selepas pitam kini stabil, namun agak lemah menurut Setiausaha Politiknya Datuk Shaiful Hazizy Zainal Abidin.

Beliau berkata, menteri besar itu hanya mengalami sedikit keletihan dan pening sebelum pitam dan dikejarkan ke pusat perubatan tersebut.

"Beliau tidak pengsan dan jatuh, cuma pitam sedikit. Keadaan beliau kini stabil dan masih dalam pemantauan pihak hospital," katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan KMC.

Ahmad Bashah sebelum itu menghadiri mesyuarat bersama Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional di Hotel Grand Alora pukul 7 malam Sabtu, dan dikejarkan ke hospital kira-kira 7.15 malam.

Dalam pada itu, Shaiful berkata kenyataan rasmi akan dikeluarkan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Bakar Din pada Ahad. -BERNAMA


Ahmad Bashah Md Hanipah, stabil, KMC

Artikel Berikut

Artikel Lain