suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MB Kedah Mengadu Pening - Zamri

Ahmad Bashah Md Hanipah.

ALOR SETAR: Ketua Polis Kedah Datuk Zamri Yahya ketika ditemui pemberita di Pusat Perubatan Kedah (KMC) mengesahkan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah sedang menerima rawatan di hospital tersebut.

Namun, beliau berkata Ahmad Bashah tidak pengsan mahupun rebah.

Katanya, menteri besar itu dikejarkan ke KMC selepas mengadu pening pada petang Sabtu.

"Beliau hanya mengadu pening dan dikejarkan ke hospital untuk pemeriksaan. Beliau dimasukkan ke wad dan dinasihatkan untuk berehat," kata Zamri.

Zamri membayangkan bahawa Ahmad Bashah letih kerana beban kerja yang berat.

Difahamkan Ahmad Bashah menghadiri mesyuarat untuk pasukan Umno Kedah yang akan dihantar membantu Pilihan Raya Kecil Kuala Kangsar.

Pasukan tersebut dijangka berlepas pada malam Sabtu.

Menurut sumber, Ahmad Bashah sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi KMC.

"Beliau tiba di KMC kira-kira pukul 7.30 malam dan beliau menghadiri mesyuarat di Hotel Grand Alora pada pukul 7 petang," kata sumber.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain