suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aerotren KLIA Beroperasi Semula Hari Ini - MAHB

Kesesakan berlaku akibat perkhidmatan aerotren yang terganggu di KLIA pada Jumaat.

PUTRAJAYA: Perkhidmatan aerotren di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang tergendala pagi Jumaat beroperasi semula pada Sabtu, kata Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

Perkhidmatan tersebut yang membawa penumpang dari terminal utama ke bangunan satelit dilapor terganggu berikutan berlaku kerosakan.

MAHB dalam laman Facebook memaklumkan setakat pukul 7.22 pagi Sabtu, kedua-dua aerotren di KLIA dilapor berfungsi seperti biasa. 

"Kita juga bersiap sedia dengan 30 kenderaan termasuk 12 buah bas bagi memastikan perjalanan penumpang yang lancar," katanya. - Bernama

KLIA, MAHB, aerotren

Artikel Lain