suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ketua Menteri Melaka Terbabit Kemalangan Kecil

Idris Haron.

MELAKA: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kemalangan kecil di KM 268 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah selatan berhampiran Kawasan Rehat Seremban, Jumaat.

Dalam kejadian pukul 6.50 petang itu, kereta dinaiki oleh Idris bersama pemandu dan pengawal peribadinya melanggar belakang sebuah kereta yang dikatakan secara tiba-tiba mengubah laluan.

Idris, dalam kenyataan menerusi 'Whatsapp' pada Jumaat malam berkata ketika kejadian, beliau dalam perjalanan pulang ke Melaka selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Beliau berkata, ketika tiba di tempat kejadian sebuah kereta tiba-tiba mengubah laluan tetapi pemandunya sempat membrek tetapi gagal mengelak lalu melanggar bahagian belakang kereta tersebut.

Menurutnya, selepas kemalangan itu, beliau menyambung perjalanan dengan menaiki sebuah lagi kereta dipandu oleh pegawai lain dan sempat menghadiri majlis jamuan malam sempena pelantikan Tun Mohd Khalil Yaakob sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka bagi penggal keempat di sini. - Bernama

Idris Haron

Artikel Lain