suria

Hudud: Adun MCA Gurun Keluar Parti

Dr Leong Yong Kong

SUNGAI PETANI: Timbalan Pengerusi MCA Kedah, Datuk Dr Leong Yong Kong meletak jawatan daripada parti itu sebagai bantahan susulan usul persendirian Rang Undang-Undang (RUU) mengenai hudud dibentangkan di Parlimen.

"Saya mengumumkan bahawa saya keluar daripada MCA sehingga isu ini berubah haluan," kata Dr Leong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gurun pada sidang akhbar di Sungai Petani pada Jumaat.

Katanya, beliau menyerahkan kepada Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah untuk membuat keputusan mengenai kedudukan sebagai exco.

Bagaimanapun Dr Leong berkata beliau akan kekal sebagai Adun Gurun.

Pada Khamis, RUU Persendirian Pindaan Kuasa Dewan Rakyat oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berjaya dibentangkan di Dewan Rakyat.

Namun begitu, usul berkenaan ditangguhkan dan akan dibawa ke sesi Dewan Rakyat akan datang untuk dibahaskan.

Dr Leong Yong Kong, Hudud

Artikel Lain