suria

5 Jun Tarikh Lihat Anak Bulan Ramadan

KUALA LUMPUR: Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan permulaan puasa bagi umat Islam di Malaysia ialah pada 5 Jun (Ahad), bersamaan 29 Syaaban 1437 Hijrah.

Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

"Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh permulaan puasa melalui radio dan televisyen," kata kenyataan itu.

Jawatankuasa-jawatankuasa berkenaan akan melihat anak bulan Ramadan pada petang 5 Jun di 29 lokasi merangkumi:

1. Pontian Kecil, Johor

2. Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka

3. Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan

4. Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor

5. Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor

6. Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor

7. Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong, Perak

8. Pusat Falak Sheikh, Kuala Muda, Kedah

9. Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah

10. Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah

11. Menara Alor Setar, Kedah

12. Bukit Besar, Kuala Terengganu; Terengganu

13. Bukit Geliga, Kemaman, Terengganu

14 Pulau Perhentian, Besut, Terengganu

15. Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu

16. Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Kelantan

17. Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai, Kelantan

18. Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putera Semerak, Kota Baharu, Kelantan

19. Tanjong Lubang, Miri, Sarawak

20. Teluk Bandung, Kuching, Sarawak

21. Tanjung Batu, Kuching, Sarawak

22. Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah

23. Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Pahang

24. Gunung Berincang, Cameron Highlands, Pahang

25. Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang

26. Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan.

27. Menara Kuala Lumpur

28. Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya

29. Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis.
-- Bernama

Artikel Lain