suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiada Kakitangan 1MDB Digaji Kementerian Kewangan - Johari

KUALA LUMPUR: Tiada mana-mana kakitangan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang digaji oleh Kementerian Kewangan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Johari Abdul Ghani.

"Ia (1MDB) adalah sebuah syarikat dan kita adalah badan kerajaan. Terdapat perbezaan antara kedua-duanya.

"Hubungan kita dengan 1MDB adalah setakat ini hanya membabitkan beberapa bon yang dijamin oleh kerajaan," katanya kepada pemberita selepas Sidang Kemuncak Perbankan Malaysia ke-20 di sini, Khamis.

Beliau berkata demikian bagi mengulas sama ada kakitangan 1MDB akan ditempatkan di kementerian berkenaan.

Semalam, Johari dilaporkan berkata bahawa aset firma pelaburan strategik kerajaan itu akan dipindahkan ke Kementerian Kewangan Diperbadankan (MoF Inc) menjelang pertengahan Jun ini.

Beliau berkata 1MDB, kemudian akan menjadi sebuah syarikat tidak aktif untuk menguruskan liabiliti dan bon yang telah diterbitkannya.

"Ini tidak bermakna kerajaan perlu mengambil (menggaji) kakitangan mereka.

Itu bukan cara kita," katanya.-- Bernama

Artikel Lain