suria

PIBG, Sekolah Disaran Pasang CCTV Pantau Kes Disiplin

Datuk Seri Mahdzir Khalid
TAIPING: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta sekolah disaran mengambil inisiatif untuk memasang kamera litar tertutup (CCTV) sebagai antara langkah membendung kes disiplin dalam kalangan murid.


Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata ini kerana kementerian mengambil pendirian untuk tidak mewajibkan PIBG dan sekolah memasang CCTV di sekolah, sebaliknya ia merupakan inisiatif masing-masing.


"Terpulang kepada sekolah untuk mengambil inisiatif kerana itu merupakan salah satu langkah yang baik bagi membanteras gejala tidak sihat di kawasan sekolah," katanya kepada pemberita selepas majlis Sambutan Hari Guru peringkat Parlimen Larut di sini malam Jumaat.

Beliau diminta mengulas langkah Sekolah Kebangsaan (SK) Bumbung Lima, Kepala Batas, Pulau Pinang yang menjadi sekolah rendah pertama di negara ini memasang CCTV bagi mengesan dan mencegah kes salah laku dan masalah disiplin pelajar.


Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, yang juga Anggota Parlimen Kepala Batas, berkata sebanyak sembilan CCTV dipasang di beberapa lokasi strategik di sekolah itu dalam usaha memantau keadaan di dalam dan luar kawasan sekolah.

Artikel Sebelum

Artikel Lain