suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelaburan Bon: Lebih 7,000 Orang Ditipu Dengan Nilai Kerugian RM90 Juta

- Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Sebanyak 7,600 orang menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan dana yang giat dijalankan atas nama "Federal Reserve Chicago Bond" melibatkan kerugian lebih RM90 juta di negara ini.

Timbalan Pengarah (Siasatan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Polis Diraja Malaysia Datuk Tajudin Md Isa berkata siasatan awal mendapati suspek memperdaya mangsa majoriti terdiri rakyat tempatan.

Mereka telah menjanjikan keuntungan yang tinggi bagi setiap pelaburan yang dilakukan, malangnya "mangsa tidak pernah memperolehi keuntungan yang dijanjikan setelah mereka membuat pelaburan," katanya dalam satu kenyataan di sini, Khamis.

Tajudin berkata pihaknya sedang berusaha mengesan individu-individu lain yang terlibat setelah mengesan wujudnya sindiket penipuan berkenaan.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kegiatan itu supaya tampil bagi membantu siasatan atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat kes DSP Nooranita Ismail di talian 019-4814459 atau 03-26101222.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Artikel Lain