suria

Tiada Lagi Rundingan, PAS Akan Bertanding - Hadi Awang

Abdul Hadi Awang.

KUALA LUMPUR: PAS menegaskan tiada lagi rundingan dengan parti pembangkang lain dan akan tetap dengan keputusan untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang akan datang.

Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti itu telah mengenal pasti calon-calon untuk kedua-dua kerusi Parlimen tersebut.

"Rundingan telah berakhir. PAS telah membuat keputusan untuk bertanding," katanya.

Ditanya sama ada beliau telah bertemu dengan Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali berhubung PRK itu, beliau berkata 'tidak'.

Apabila diminta mengulas sama ada PKR berpuas hati dengan hasil rundingan tersebut beliau berkata "tanya PKR sama ada mereka berpuas hati atau tidak".

Beliau berkata PAS akan menurunkan calon anak tempatan dengan menegaskan parti itu pernah menang majoriti 1,000 undi sebelum ini.

PAS dikatakan berunding dengan PKR untuk mengelak berlaku pertembungan tiga penjuru dengan Barisan Nasional di dua pilihan raya kecil itu yang berlangsung serentak pada 18 Jun ini.


Artikel Lain