suria

Polis Sediakan Kertas Siasatan Kes Pistol Dalam Kereta Safee Sali

JOHOR BARU: Polis sedang menyediakan kertas siasatan berhubung penemuan sepucuk pistol dan peluru hidup dalam kenderaan pacuan empat roda penyerang pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), Safee Sali.

Timbalan Ketua Polis negeri, Senior Asisten Komisioner Datuk Mohd Zakaria Ahmad bagaimanapun berkata bahawa siasatan awal mendapati Safee tidak terlibat dalam kes itu.

"Dia hanya menghantar Ford Ranger 4WD ke kedai aksesori kereta di bandar sebelum ini untuk mengubah suai, tetapi ia telah disalahguna oleh suspek.

"Kami percaya bahawa pistol itu bukan kepunyaan pemain bola sepak JDT," katanya sambil menambah bahawa seorang lelaki berusia 34 tahun telah ditahan reman sehingga 20 Mei bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 8 (A) Akta Senjata 1960.

Kenderaan itu dihantar oleh Safee ke kedai aksesori kereta sebelum dia meninggalkan negeri ini bagi perlawanan akhir Piala FA di Shah Alam Sabtu lepas.

Menurut Safee dia tidak mengenali suspek kerana ia adalah kali pertama kereta berkenaan dihantar ke kedai tersebut.

Safee Sali, JDT

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain