suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Umno Patut Pecat Muhyiddin, Mukhriz - Ku Nan

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menegaskan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sewajarnya dipecat daripada parti itu.

Bagaimanapun beliau berkata nasib Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno dan Mukhriz selaku bekas menteri besar Kedah hanya akan ditentukan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno akan datang.

Tambah beliau badan tertinggi parti itu sudah menerima laporan daripada Lembaga Disiplin mengenai siasatan terhadap Muhyiddin dan Mukhriz.

"Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir patut dipecat daripada parti. Pada saya, saya sudah singkirkan mereka sejak dahulu lagi.

“Kita sudah buat laporan mengenai Mukhriz dan Muhyiddin, dan kita akan bentangkan di Majlis Tertinggi untuk putuskan kerana Jawatankuasa Disiplin telah menghantar semula keputusan untuk Majlis Tertinggi tentukan.

“Kertas siasatan telah diberikan kepada kita (MT) dan biarlah mereka yang tentukan,” katanya lagi.

Sementara itu ditanya mengenai kedudukan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal bersama parti itu, Tengku Adnan berkata: “Beliau tidak terlalu menyerlah, sepentas bersama pembangkang. Terdapat beberapa masalah tetapi masih ada kelonggaran yang kita masih boleh pertimbangkan.

"Tetapi dua orang ini (Mukhriz dan Muhyiddin) sudah bersama pembangkang, jadi itu kita tidak boleh terima," katanya.

Artikel Lain