suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga Warga Bangladesh Terperangkap Dalam Runtuhan Konkrit

Gambar Hiasan

PETALING JAYA: Tiga pekerja warga Bangladesh terperangkap dibawah runtuhan, manakala tiga lagi berjaya diselamatkan apabila konkrit runtuh di tapak pembinaan di Persiaran Barat di sini, pagi Ahad.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Hani Harul berkata, kejadian pada pukul 10 pagi itu berlaku di tingkat empat bangunan itu.

"Tiga pekerja yang diselamatkan dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk mendapat rawatan.

"Pada masa sama, operasi mencari dan menyelamat diteruskan untuk tiga pekerja lain," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Bagaimanapun, pihak bomba enggan mengulas lanjut berhubung kejadian dan tapak projek itu.

Artikel Lain