suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ahli Parlimen Jelebu Stabil Selepas Jalani Pembedahan

Zainuddin Ismail. - foto NORAFIFI EHSAN/The Star

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Jelebu Datuk Zainuddin Ismail yang menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) petang Jumaat, kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Beliau menjalani pembedahan akibat ketumbuhan dalam otak.

Ketua Umno Bahagian Jelebu Datuk Jalaluddin Alias berkata pembedahan yang dijalankan ke atas Zainuddin di HKL petang tadi berjalan lancar dan selamat.

"Selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan otak hampir empat jam di bilik bedah, Zainuddin menunjukkan respons yang baik walaupun masih belum sedar.

"Kini dia (Zainuddin) sedang berehat dan saya mendoakan semoga Zainuddin cepat sembuh dan kembali sihat seperti biasa," katanya.

Sebelum ini, Zainuddin dikejarkan ke Hospital Jelebu selepas tidak sedarkan diri di rumahnya tengah hari Jumaat sebelum dihantar ke HKL untuk menjalani rawatan lanjut. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Ancaman Kepupusan Penyu

Artikel Berikut

Artikel Lain