Tiga Warga Asing Ditahan Terlibat Aktiviti Keganasan - Semasa | mStar

Tiga Warga Asing Ditahan Terlibat Aktiviti Keganasan

KUALA LUMPUR: Bahagian Anti Pengganas, Cawangan Khas Bukit Aman menahan tiga lelaki warga asing yang disyaki terlibat aktiviti keganasan di sekitar Selangor, pada 28 Mac dan 22 April lepas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata kesemua suspek yang ditahan itu merupakan dua warga Rusia dan seorang warga Sri Lanka yang berumur lingkungan 23 hingga 42 tahun.

"Tangkapan pertama melibatkan dua lelaki warga Rusia kerana disyaki mempunyai hubungan dengan kumpulan pengganas Daesh dan mereka pernah ditangkap oleh pihak berkuasa Turki pada Februari lepas kerana didakwa terlibat dalam kegiatan itu di Syria.

"Mereka kemudiannya diusir dari Turki dan memasuki Malaysia pada Mac tahun ini serta ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA)," kata Khalid dalam kenyataan, Jumaat.

Beliau berkata kedua-dua suspek telah diusir ke negara asal pada 13 Mei lepas dalam satu operasi khas.

Suspek ketiga iaitu seorang lelaki warga Sri Lanka yang bekerja sebagai juruteknik kamera litar tertutup di Lembah Klang ditahan kerana disyaki terlibat membuat ugutan bunuh terhadap Presiden dan Perdana Menteri negara itu melalui akaun Facebook miliknya.

Khalid berkata suspek ditahan di bawah Seksyen 6 Akta Imigresen 1959/63 dan telah diusir ke Sri Lanka dalam satu operasi khas pada 27 April lepas.

Katanya, kejayaan menangkap suspek adalah hasil kerjasama mantap polis dengan agensi penguat kuasa Sri Lanka.

"Polis dengan kerjasama Jabatan Imigresen akan sentiasa memantau rapi kemasukan warga asing dari negara-negara yang berisiko dan memperketatkan kawalan di pintu masuk negara.

"Kami akan memastikan tiada anasir-anasir kumpulan pengganas menyusup masuk ke Malaysia ini untuk berlindung ataupun menjadikan negara ini sebagai sasaran," katanya.

Pengganas

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain