suria

Anwar Ibrahim Hadir Majlis Pengebumian Adik

Anwar Ibrahim.

PETALING JAYA: Bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis menghadiri majlis pengebumian adik perempuan bongsunya, Rehan Ibrahim di Bandar Baru Bangi.

Anwar yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh diiringi pegawai penjara dari Hospital Kuala Lumpur, lokasi beliau menerima rawatan tekanan darah tinggi.

Isteri beliau yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata Rehan meninggal dunia di Teras Jernang dan Anwar dihantar ke sana untuk memberikan penghormatan terakhir kepada adiknya itu.




Artikel Sebelum

Artikel Lain