Deklarasi Mahathir Tidak Dapat Sambutan Di Kepala Batas - Semasa | mStar

Deklarasi Mahathir Tidak Dapat Sambutan Di Kepala Batas

KEPALA BATAS: Majlis Bersama Pemimpin, Deklarasi Mahathir gagal meraih sambutan di sini Ahad malam apabila kurang dari 1,000 orang hadir di Dewan Millenium di sini.

Dihadiri hampir kesemua barisan pemimpin Pakatan Pembangkang, majlis itu dianjurkan untuk mendapat tandatangan rakyat menyokong deklarasi yang bertujuan menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tun Dr Mahathir Mohamad yang ditemani isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali tiba di Dewan Millenium pada pukul 9.45 malam dan apabila beliau mula berucap kira-kira pukul 11.15 malam, kebanyakan hadirin dilihat mula keluar dari dewan.

Bagaimanapun, bekas perdana menteri itu berkata deklarasi itu telah mendapat sambutan yang agak baik dalam kalangan rakyat sejak ia dilancarkan dan beliau yakin ia akan mencapai angka tandatangan yang disasarkan.

Katanya, beliau akan menetapkan satu tarikh untuk menyerahkan deklarasi itu kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

"Setakat ini, kami telah mendapat 1 juta tandatangan rakyat yang menyokong deklarasi ini dan satu tarikh khas akan ditentukan kelak untuk deklarasi ini  diserah kepada Yang di-Pertuan Agong," katanya ketika ditemui pemberita selepas ucapannya di sini malam tadi.

Antara yang hadir pada majlis itu ialah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali, presiden Parti Amanah Rakyat Mohamad Sabu, bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Sanusi Junid, Pengerusi PKR Pulau Pinang Datuk Mansor Othman dan Anggota Parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar.

Sementara itu, mengenai pilihan raya negeri Sarawak, Mohamad Sabu mengakui pertindihan kerusi merupakan kelemahan Pakatan Pembangkang pada pilihan raya negeri itu.

DAP dan PKR bertembung sesama sendiri di enam kerusi pada pilihan raya negeri kali ini iaitu di Batu Kitang, Mulu, Murum, Simanggang, Ngemah dan Mambong.-- Bernama


Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain