suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Warga Vietnam Maut Ditikam Rakan Senegara

Gambar hiasan.

SEREMBAN: Seorang lelaki warganegara Vietnam maut ditikam rakan senegaranya di sebuah kilang besi di Kawasan Perindustrian Arab Malaysian, dekat sini, Ahad.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Jaafar Mohd Yusof berkata kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 12.30 tengah hari selepas mangsa Tran Try Ong Thien Lan, 42, dan suspek berusia 28 tahun, bergaduh.

"Dalam kejadian pergaduhan itu, suspek bertindak menikam mangsa di bahagian rusuk kiri dipercayai menggunakan pisau lipat.

"Kejadian itu disedari rakan sekerja lain sebelum mangsa dihantar ke hospital Nilai Medical Centre untuk menerima rawatan namun disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 2.35 petang dan hasil bedah siasat mendapati tikaman itu terkena tepat pada jantung mangsa," katanya.

Jaafar berkata suspek kemudiannya ditahan berhampiran kawasan kilang berkenaan bagaimanapun, senjata yang digunakan dalam kejadian tidak ditemui.

Katanya hasil siasatan awal, kejadian itu berpunca daripada kejadian buli yang sering dilakukan mangsa terhadap suspek di kawasan hostel.

"Ekoran daripada kejadian buli yang terakhir, suspek telah datang menyerang mangsa di dalam bangunan kilang dengan menggunakan sebilah pisau lipat serbaguna dan menikam mangsa di bahagian rusuk kiri.

"Suspek telah lari keluar dari kawasan kilang dan kemudian telah membuang pisau berkenaan di semak kecil di kawasan perindustrian itu yang jaraknya kira-kira 2km," katanya.

Katanya suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula pada Isnin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.- BERNAMA

tikam, Myanmar

Artikel Lain