Kit Siang Ucap Tahniah Kepada Adenan - Semasa | mStar

Kit Siang Ucap Tahniah Kepada Adenan

KUCHING: Penasihat DAP Lim Kit Siang hari ini mengucapkan tahniah kepada Pengerusi Barisan Nasional Sarawak Tan Sri Adenan Satem dan pasukannya atas kemenangan besar dalam pilihan raya negeri ke-11 semalam.

Beliau berharap Adenan akan berpegang kepada janji #AdenanTeam dan #AdenanWay.

Mengulas kegagalan DAP mempertahankan lima daripada 12 kerusi yang dimenanginya dalam 2011, Lim berkata DAP tidak harus takut untuk kalah dalam pilihan raya dan perlu belajar daripada kekalahan teruk itu untuk menjadi lebih kuat.

Katanya DAP komited untuk melakukan perubahan politik melalui proses demokrasi dan harus bersedia untuk menghadapi kemenangan dan kekalahan melalui peti undi.

Masalah dalam perjuangam hidup ialah bukannya semasa jatuh, tetapi keupayaan untuk bangkit semula selepas jatuh, bagaimana teruk pun jatuh itu dan meneruskan perjuangan," katanya pada sidang media di sini, Ahad.

DAP hanya menang tujuh daripada 31 kerusi yang ditandinginya dalam pilihan raya negeri semalam sementara BN memenangi 72 kerusi dan PKR mengekalkan tiga kerusi.

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel