suria

Ada Usaha Burukkan SUPP Menjelang Hari Pengundian - Peter Chin

Peter Chin (kanan) dan Ketua Penerangan SUPP Adam Yii ketika sidang media di Miri.
MIRI: Bekas presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP)  Tan Sri Peter Chin mendakwa wujud usaha untuk memburuk-burukkan imej parti menjelang hari pengundian, Sabtu.

Pada sidang akhbar, Khamis, Chin berkata Sarawak Report telah menerbitkan satu artikel dengan gambar yang mendakwa dirinya menerima cek yang akan digunakan untuk pilihan raya daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Chin berkata artikel itu adalah satu usaha untuk mewujudkan syak wasangka terhadap SUPP.

"Ini jelas satu percubaan untuk memburuk-burukkan imej baik SUPP dan mencampuri urusan parti kita.

"Sebagai bekas presiden SUPP saya mesti menjelaskan bahawa kita tidak pernah menerima apa-apa sumbangan kewangan kerana itu adalah menyalahi undang-undang.

"Saya menggesa pengundi supaya tidak terpengaruh dengan taktik jahat itu untuk menimbulkan syak wasangka kepada SUPP," katanya.
Peter Chin, SUPP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain