suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mesyuarat Exco Terengganu Berjalan Seperti Biasa, Dipengerusikan Ahmad Razif

KUALA TERENGGANU: Mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri Terengganu berjalan seperti biasa pagi Rabu di Wisma Darul Iman dengan dipengerusikan Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman.

Tinjauan Bernama mendapati kesemua barisan Exco hadir pada mesyuarat itu.

Ahmad Razif tiba di Wisma Darul Iman dengan kenderaan rasminya pada kira-kira 9.25 pagi.

Beliau yang memakai kemeja berwarna putih dan tali leher berwarna biru kelihatan ceria dan turut menyapa wartawan yang menunggu sejak 8.30 pagi.

Beliau kemudiannya masuk ke bilik mesyuarat bersama-sama semua sembilan Exco bagi mengadakan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri.

Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin melucutkan semua darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Ahmad Razif berkuat kuasa Jumaat 22 April, dan perkara itu dimaklumkan dalam kenyataan yang dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu kepada Bernama pada Isnin.

-- Bernama

Artikel Berikut

Artikel Lain