suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Udang Dengan Antibiotik Terlarang Datang Dari Negara Jiran

KUALA LUMPUR: Penternak udang tempatan berang, menyatakan kesan antibiotik yang diharamkan dan ditemui Amerika Syarikat (AS) dalam udang yang diimport dari negara ini tidak datang dari ladang ternakan mereka.

Sebaliknya, ia datang dari negara-negara jiran yang menggunakan pengeksport haram dan sijil perakuan Malaysia untuk mengeksport masuk semula udang ke AS.

Pengerusi Persatuan Industri Udang Malaysia Syed Omar Syed Jaafar berkata, tiada seorang pun daripada 760 penternak udang di sini menternak udang menggunakan antibiotik.

"Kita mempunyai kod amalan, kita tidak pernah menggunakan antibiotik. Apa yang berlaku sekarang ini adalah udang yang Amerika Syarikat dapat dari China, Vietnam atau India.


"Terdapat laporan bahawa udang dari sana telah diuji positif antibiotik. Jadi, baru-baru apabila ia dihantar ke Jepun, ia telah ditolak.

"Jadi mereka berkerjasama dengan beberapa peniaga yang tidak bertanggungjawab di Malaysia untuk membawa udang mereka ke sini untuk mengunakan sijil perakuan Malaysia dan kemudian mengeksport semula ke Amerika Syarikat, "kata Syed Omar.

Katanya, ini bukan kali pertama dakwaan sisa antibiotik terhadap udang Malaysia diperbesarkan.

Penternak telah membangkitkan isu udang dieksport semula selepas Kesatuan Eropah juga mengeluarkan amaran import makanan laut di sini pada tahun 2003.

Bagaimanapun, beliau mendakwa tiada apa yang telah dilakukan terhadap pedagang haram Malaysia untuk membawa mereka ke muka pengadilan.

Beliau menggesa Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Jabatan Perikanan untuk mengambil alih proses kelulusan Sijil Negara Asal (COO) untuk makanan laut di sini.
eksport udang, udang Malaysia, COO

Artikel Sebelum

Ayah Pin Meninggal Dunia

Artikel Berikut

Artikel Lain