suria

Berlaku 17 Kematian Dalam Tahanan Setiap Tahun - Suhakam

KUALA LUMPUR: Kematian dalam tahanan mencatatkan purata 17 kes setiap tahun sejak 15 tahun lalu, menurut laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Pesuruhjaya Suhakam James Nayagam berkata, 194 daripada 255 kematian yang dilaporkan antara tahun 2000 dan 2014 adalah disebabkan masalah berkaitan kesihatan.

Penyakit-penyakit ini termasuklah serangan jantung, komplikasi HIV dan asma.

"30 kematian melibatkan bunuh diri dan 12 kematian adalah daripada pendarahan otak," kata Nayagam.

Punca-punca lain adalah disebabkan pergaduhan (dua), kemalangan (dua) dan kecederaan yang dialami daripada salah laku polis (dua).

Nayagam berkata penyelidikan Suhakam telah dijalankan berikutan aduan menggalakkan daripada keluarga mangsa dan NGO.

Penemuan itu, yang dibuat berdasarkan statistik polis, didedahkan sempena laporan tahunan Suhakam 2015 yang dikeluarkan di pejabatnya di sini Rabu.

Kajian ini juga menunjukkan bahawa jumlah tertinggi kematian di kalangan tahanan telah direkodkan pada tahun 2003.

"Untuk sebab-sebab tertentu, terdapat 32 kematian pada tahun itu. Kebanyakan yang mati itu adalah penagih dadah," kata Nayagam.

Artikel Lain