suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Sarawak Mesti Dalam 'Geng' Sama - Najib

Najib mencabut undi kontraktor selepas merasmikan Lebuhraya Pan Borneo Sarawak jajaran Simpang Bintangor ke Jambatan Sungai Kua, Ahad. Foto Bernama

SIBU: Kerajaan pusat dan kerajaan Sarawak mesti berada dalam 'geng' yang sama demi memastikan pembangunan yang berterusan di negeri ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Justeru itu, Najib berkata, beliau bekerja keras untuk membantu 'geng' beliau, Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem untuk memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11, pada 7 Mei nanti.

Menurut Najib, rakyat di negeri ini harus memilih kerajaan yang dipimpin oleh Adenan yang dapat membela nasib rakyat di samping membawa harapan baharu untuk mereka.

"Kita perlu kerajaan yang bukan sahaja boleh janji tetapi boleh tunaikan janji itu pada keadaan peringkat di mana kita boleh merasai kebaikan dan perubahan daripada janji-janji yang dilafazkan," katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika melancarkan Projek Pan Borneo Sarawak bagi jajaran dari Simpang Bintangor-Sungai Kua sepanjang 76.2 kilometer dekat Jambatan Durin di sini, Ahad.

Najib turut menggesa rakyat Sarawak agar tidak terpedaya dengan 'Impian Sarawak' yang dibawa pembangkang kerana konsep itu, hanya merupakan propaganda semata-mata.

Sementara itu, pembinaan lebuh raya jajaran Simpang Bintangor-Sungai Kua tersebut merupakan pakej keempat projek Pan Borneo.

Ia melibatkan kerja naik taraf jalan yang ada daripada dua lorong kepada empat lorong dari Simpang Bintangor ke Simpang Julau dan dari Lapangan Terbang Sibu ke Jambatan Sungai Kua.

Pakej yang bernilai RM1.7 bilion itu turut meliputi pembinaan dua persimpangan bertingkat, 79 hentian bas, tujuh jejantas, 46 pusingan U dan satu hentian sebelah di Julau.

Jambatan Batang Rajang yang turut dikenali sebagai Jambatan Durin sepanjang 1.708km akan turut dinaik taraf kepada empat lorong untuk keselesaan pengguna jalan raya.

Pembinaan jajaran itu dijangka siap pada tahun 2020. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain