suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Histeria Terus Berlaku Di SMK Pengkalan Chepa

KOTA BHARU: Semua pintu pagar SMK Pengkalan Chepa 2 ditutup kepada pemberita pada Ahad, tetapi suara jeritan kedengaran dari arah bilik darjah, di mana pelajar-pelajar sekolah itu sebelum ini telah diserang histeria.

Sekolah ini telah ditutup selama tiga hari sejak Khamis lalu untuk membenarkan bomoh, ustaz dan pengamal tradisional Islam 'membersihkan' tempat itu daripada roh-roh jahat. Bagaimanapun ia nampaknya tidak berhasil.

Wartawan dan jurugambar, yang 'berkampung' di hadapan sekolah itu terkejut apabila mendengar jeritan dan laungan yang datang dari kawasan sekolah.

Pentadbiran sekolah telah mengadakan sesi membaca al-Quran selama dua jam dan mengadakan solat jemaah dengan pelajar.

Difahamkan seorang bomoh Cina dari Perak dan pasukannya telah memasuki kawasan sekolah untuk membantu dalam situasi ini.

Kira-kira pukul 11.30 pagi, lebih banyak jeritan dan teriakan kedengaran dan percubaan pihak media untuk masuk ke sekolah tidak berjaya.

Pada Isnin hingga Rabu lepas, lebih daripada 100 pelajar perempuan dan lelaki serta guru didakwa terkena histeria sehingga sekolah ini terpaksa ditutup pada Khamis untuk mengelakkan lebih ramai pelajar dirasuk.

Pengetua sekolah Siti Hawa Mat dan pegawai pendidikan daerah tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.
histeria, rasuk, SMK Pengkalan Chepa

Artikel Sebelum

Artikel Lain