suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pekerja Pusat Hiburan Diarah Bela Diri Tuduhan Bunuh Rakan

MUAR: Mahkamah Tinggi Muar pada Ahad mengarahkan seorang pekerja pusat hiburan membela diri atas tuduhan membunuh rakan sekerjanya tiga tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Sah Chin Chong, 30, di akhir kes pendakwaan.

Tertuduh didakwa membunuh Chow Chin Wei, 37, bersebelahan pusat beli-belah Song Mart, Kluang antara 4 petang hingga 5.30 petang pada 19 Feb 2013 dan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika didapati bersalah.

Sah juga menghadapi tuduhan kedua dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Wong Ren Kent, 30, pada tarikh dan tempat yang sama.

Bagi tuduhan itu dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripadanya.

Muhammad Jamil menetapkan 15 Mei bagi tertuduh membela diri bagi kedua-dua pertuduhan itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rasyidah Murni Adzmi manakala tertuduh diwakili peguam Lim Sey Wee.

Artikel Lain