suria

Sultan Johor Beri Kepercayaan Penuh Kepada Khaled

JOHOR BARU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar memberi sokongan penuh kepada Menteri Besar Datuk Mohamed Khaled Nordin untuk terus menerajui kerajaan negeri.

Sultan Ibrahim berkata hubungan baik antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan telah menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi semasa di Johor.

Baginda mengingatkan kepada pihak yang tidak bertanggungjawab agar tidak membuat dakwaan atau tuduhan terhadap pemimpin negeri ini.

"Saya memberi kepercayaan penuh kepada Menteri Besar dan kepimpinan semasa kerajaan negeri.

"Saya berharap tidak akan ada musuh dalam selimut yang cuba mengganggu kestabilan politik di Johor," titahnya.

Sultan Ibrahim bertitah demikian ketika merasmikan pembukaan penggal Persidangan Keempat Dewan Negeri Johor ke-13 di Bangunan Sultan Ibrahim
pada Khamis.

Sebelum ini dilaporkan Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Halimah Mohamed Sadique menafikan dakwaan bahawa beliau antara sebahagian daripada kumpulan untuk menyingkirkan Mohamed Khaled.

Halimah menyifatkan dakwaan itu sebagai tidak masuk akal dan tidak berasas, sebaliknya menyatakan bahawa Mohamed Khaled menunjukkan prestasi yang baik sejak dilantik sebagai Menteri Besar.

Terdahulu, Shukur Mohamad, anak sulung kepada speaker negeri Tan Sri Mohamad Aziz, mendakwa dia mempunyai bukti wujudnya komplot oleh timbalan menteri untuk menggulingkan Mohamed Khaled.

Sultan Ibrahim, Johor, Khaled Ibrahim

Artikel Lain