suria

PRN Sarawak Diadakan 7 Mei, Penamaan Calon 25 April

Mohd Hashim Abdullah (kiri) ketika mempengerusikan Mesyuarat Khas Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11 pada Khamis. Foto: Bernama

KUCHING: Pilihan raya negeri Sarawak ke-11 akan diadakan pada 7 Mei dan hari penamaan calon pada 25 April 2016.

Pengerusi SPR Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah mengumumkan tarikh itu selepas mengadakan mesyuarat khas pagi Khamis berikutan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sarawak pada 11 April lalu.

"Dengan ini SPR mengumumkan 14 April sebagai tarikh keluar writ iaitu hari ini (Khamis), 15 April tarikh notis pilihan raya, 25 April hari penamaan calon, dan 7 Mei sebagai tarikh pengundian," katanya pada sidang media selepas mesyuarat itu.

Katanya pilihan raya negeri (PRN-11)akan menggunakan senarai daftar pemilih induk 2015 yang telah dikemas kini sehingga 10 April 2016.

PRN-11 diadakan selepas Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubarkan dengan perkenan Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud setelah dirujuk Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem.

Artikel Lain