suria

Aktivis Haris Ibrahim Didapati Bersalah Kerana Menghasut

KUALA LUMPUR: Aktivis Haris Ibrahim dihukum lapan bulan penjara selepas didapati bersalah membuat kenyataan menghasut dalam satu forum, tiga tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen Shamsudin Abdullah menjatuhkan hukuman itu selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes itu melampaui keraguan munasabah.

Haris didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum bawah Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda hingga RM5,000 atau penjara hingga tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Haris bersama empat yang lain didakwa secara berasingan kerana mengeluarkan kenyataan menghasut dalam satu forum pada 13 Mei 2013 di antara pukul 8.55 malam dan 11.15 malam di Dewan Perhimpunan Cina, Jalan Maharaja Lela.

Dia didakwa bersama bekas Ahli Parlimen Batu Berendam Tamrin Ghafar, Naib Presiden PKR Tian Chua, aktivis Adam Adli dan Safwan Anang.

Kesemua mereka mengaku tidak bersalah dalam perbicaraan yang dijalankan secara berasingan.

Aktivis Haris Ibrahim

Artikel Sebelum

Artikel Lain