MB Kelantan Selamat Jalani Pembedahan Kecil Di Kepala - Semasa | mStar

MB Kelantan Selamat Jalani Pembedahan Kecil Di Kepala

KOTA BAHARU: Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob selamat menjalani pembedahan kecil akibat pendarahan di bahagian kiri kepalanya, di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini, Khamis.

Setiausaha Akhbarnya, Mohd Asri Mat Daud berkata menteri besar itu kini sedang berehat di bawah pemantauan doktor pakar.

"Doakan beliau (Ahmad) cepat sembuh untuk kembali bersama rakyat," katanya dalam satu kenyataan di sini, Khamis.

Mengenai punca berlaku pendarahan tersebut, beliau berkata menteri besar itu hanya menyedari berlaku pendarahan berkenaan beberapa hari lalu.

Ahmad dimasukkan ke HUSM pada pukul 11.30 pagi Rabu. - Bernama

MB Kelantan , pembedahan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Jamal 'Baju Merah' Disekat Masuk Sarawak

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Manchester United sedia pujuk Pogba