suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jamal 'Baju Merah' Disekat Masuk Sarawak

PETALING JAYA: Penganjur perhimpunan baju merah, Datuk Jamal Md Yunos telah disekat daripada memasuki Sarawak.

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu berkata, beliau telah disekat oleh Jabatan Imigresen daripada memasuki negeri tersebut sejurus tiba di lapangan terbang pada pukul 11.30 pagi Khamis.

Beliau juga diberikan notis larangan masuk oleh pegawai imigresen yang turut menyenaraikan nama ahli politik pembangkang yang telah disekat.

Jamal memberitahu, tiada alasan spesifik diberikan berikutan larangan berkenaan.

Katanya, berikutan itu beliau akan mengadakan sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 4 petang ini.

Artikel Lain