Mahkamah Tolak Rayuan Mkini Dotcom Dan Editor - Semasa | mStar

Mahkamah Tolak Rayuan Mkini Dotcom Dan Editor

PUTRAJAYA: Penerbit portal berita dalam talian, Mkini Dotcom Sdn Bhd dan dua editornya gagal dalam rayuan mereka berhubung cubaan untuk menggantikan hakim yang ditugaskan mendengar satu saman fitnah yang difailkan terhadap mereka oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Berikutan keputusan itu, hakim Mahkamah Tinggi Seremban Datuk Wira Kamaludin Md Said akan mendengar saman Najib terhadap perayu.

Panel tiga anggota Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh pada Khamis menolak rayuan mereka setelah memutuskan bahawa keputusan Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin menugaskan Kamaludin mendengar saman itu tidak boleh dipinda melalui semakan semula kehakiman.

Beliau juga berkata semakan semula kehakiman Mkini Dotcom dan dua editornya difailkan di luar masa.

Panel itu, yang juga dianggotai Hakim Vernon Ong Lam Kiat dan Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli, memerintahkan Mkini Dotcom, ketua pengarangnya, Steven Gan dan ketua editor Fathi Aris Omar, membayar kos perundangan RM10,000.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain