suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

SRC International Adalah Peminjam Bertanggungjawab - KWAP

KUALA LUMPUR: SRC International Sdn Bhd adalah peminjam bertanggungjawab yang menjelaskan faedah pinjamannya kepada Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) secara tetap.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Wan Kamaruzaman Wan Ahmad berkata, SRC International juga telah memenuhi semua syarat yang disertakan bersama pinjaman yang perlu dibayar kembali dalam tempoh 10 tahun.

"Kini mereka sedang membayar faedah ke atas pinjaman mereka melalui dua bahagian sebanyak RM2 bilion tiap satu, dijadual masing-masing pada 2021 dan 2022," katanya kepada pemberita di majlis Invest Malaysia 2016 di sini, Selasa.

Menurut terma pinjaman berkenaan, syarikat itu perlu menjelaskan faedah pinjaman dalam tempoh lima tahun pertama serta faedah dan pokok dalam lima tahun berikutnya.

Wan Kamaruzaman berkata, pinjaman itu dijamin kerajaan bagi melindungi kepentingan pihak berkepentingan dalam KWAP.

SRC International sebelum ini menjelaskan yang keseluruhan RM4 bilion yang dipinjamkan KWAP atas terma komersil normal, diambil kira sepenuhnya dalam kunci kira-kiranya, selaras dengan amalan perakaunan dan tadbir urus standard. - BERNAMA

SRC International, KWAP

Artikel Lain