suria

Video Wanita Bercoli Hijau Mengamuk Di Stesen Komuter Jadi Viral

PETALING JAYA: Video seorang wanita memakai coli berwarna hijau dan seluar ketat merah jambu sedang bertengkar dengan seorang lelaki di sebuah stesen komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM Berhad) telah tersebar di media sosial.

Video berdurasi 2.37 minit itu yang disiarkan di YouTube, menunjukkan wanita itu sedang membawa beg sandang dan membaling botol air dan juga kerusi plastik kepada lelaki itu, yang dikatakan kakitangan KTMB.


Selain dilihat melakukan provokasi terhadap lelaki itu, dia juga dilihat menendang lelaki berkenaan.

Video itu, yang disiarkan pada Jumaat, telah dilihat sebanyak 797 kali di YouTube dan juga dikongsi secara meluas di Facebook.

Kebanyakan pengguna internet yang berkongsi video itu memuji kesabaran lelaki yang berdepan dengan wanita terbabit yang mengamuk dengannya.


"Tangkap dan rotan kerana membuat kecoh di tempat awam," tulis Jesinderan Subramaniam manakala Jason Lee menulis bahawa wanita itu jelas 'tidak sempurna akal'.

Di YouTube, Rezza Ghazali tertanya-tanya wanita itu datang dari negara mana.

"Adakah dia rasa di sini adalah pantai di Miami?" katanya.
video viral, KTMB, wanita mengamuk

Artikel Lain