suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cuaca Panas: Sekolah Di Perlis, Jerantut, Temerloh Diarah Tutup

PETALING JAYA: Ekoran cuaca panas melampau, semua sekolah di Perlis serta daerah Jerantut dan Temerloh di Pahang diarah tutup selama sehari pada Isnin.

Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan, keputusan itu dibuat selepas mendapati suhu di negeri dan daerah terbabit melebihi 37 darjah Celsius selama lebih 72 jam.

"Penutupan ini adalah sebagai langkah penjagaan kesihatan murid semasa cuaca panas.

"Bagaimanapun ia hanya melibatkan ketidakhadiran murid sahaja dan penutupan tersebut tidak perlu diganti.

"Operasi pentadbiran sekolah kecuali aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) hendaklah berjalan seperti biasa," demikian menurut kenyataan itu pada Ahad.

Artikel Lain