suria

Penyakit Tidak Berjangkit Punca Utama Morbiditi

Orang ramai menjalani pemeriksaan perubatan atau imbasan diabetes supaya boleh diberi bantuan awal.

LABUAN: Penyakit tidak berjangkit masih merupakan punca utama morbiditi di Hospital Labuan, dengan 65 peratus kematian direkodkan antara 2014 dan 2015.

Pengarah hospital itu Dr Ismail Ali berkata prevalens penyakit kencing manis juga meningkat dengan 14.2 peratus daripada setiap 100 penghidapnya.

Kumulatif kes itu tahun lepas ialah 2,051, yang bertambah kira-kira 65 peratus berbanding 1,238 yang direkodkan sejak 2011.

"Keadaan agak membimbangkan apabila jumlahnya meningkat dengan ketara,"katanya kepada pemberita selepas sambutan Hari Kesihatan Sedunia peringkat Labuan di Kampung Lajau di sini, Sabtu.

Sementara itu, Dr Ismail berkata Hospital Labuan kini mempunyai 22 mesin haemodialisis yang digunakan 86 pesakit, yang sebahagian daripada mereka mengalami kegagalan buah pinggang akut.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai menjalani pemeriksaan perubatan atau imbasan diabetes supaya boleh diberi bantuan awal.

"Kami tidak ingin melihat kes kegagalan buah pinggang meningkat semula," katanya. -Bernama

Artikel Berikut

Artikel Lain